1. Wanita Solehah Lebih Baik Daripada 1000 Lelaki Yang Tak Soleh
Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: " Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka di tutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu."
2. Pengampunan Allah
Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Bila engkau perintah, dia taat. Bila engkau tiada, dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya, "Wahai isteriku... janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali." Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia mentaati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali hingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya."
Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak seperti yang dituntut oleh orang jahil agama. Sedangkan dalam peritiwa Israk mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita.
3. 1000 darjat.
Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:" Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."
Maulana Syed Ahmad Khan dalam keterangannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
a. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
b. Wanita yang mengauli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
c.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
d. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh.
e. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
f. Seorang wanita menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah asalnya.
g. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhirat nanti, tapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.
Dipetik dalam buku Hikmah Kejadian Wanita.