Khamis, 31 Disember 2009

Isnin, 28 Disember 2009

Kecantikan Wanita

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1859.

Mewartakan kepada kami Abu Kuraib, mewartakan kepada kami 'Abdur-Rahman bin Al-Muharibiy dan Ja'far bin 'Aun, dari AlIfriqiy, dari 'Abdullah bin Yazid, dari 'Abdullah bin 'Amr, dia berkata:

Rasulullah SAW. berkata: "Janganlah kalian mengahwini wanita kerana alasan kecantikannya. Sebab mungkin saja kecantikannya itu akan membinasakan mereka. Janganlah kalian mengahwini mereka kerana alasan hartanya. Sebab mungkin saja harta mereka itu menjadikannya berbuat durhaka. Akan tetapi, kahwinilah mereka itu atas dasar agama. Sungguh seorang wanita budak,cacat- hidungnya, berkulit hitam, tapi beragama "Islam" adalah lebih utama/baik". Dalam Az-Zawa-id: Dalam isnadnya ada Al-Ifriqiy, dia adalah 'Abdullah bin Ziyad bin An'um, orang yang daif. Hadis ini diriwayatkan olen Ibnu Hibban dalam shahihnya dengan isnad lain.

Hadis Sunan Ibnu Majjah Jilid 2. Hadis Nombor 1859.

Kelebihan Wanita

1. Wanita Solehah Lebih Baik Daripada 1000 Lelaki Yang Tak Soleh

Abdul Rahman bin Auf meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: " Seorang wanita solehah lebih baik dari 1000 lelaki yang tak soleh. Dan seorang wanita yang melayan suaminya selama seminggu maka di tutupkan baginya 7 pintu neraka dan dibuka 8 pintu syurga yang mana dia dapat masuk dari pintu mana saja tanpa hisab."
Siti Aisyah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Tidaklah seorang wanita yang haid kecuali haidnya merupakan kifarah bagi dosa-dosanya yang telah lalu."

2. Pengampunan Allah

Abu Hurairah meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda: "Sebaik-baik wanita adalah apabila engkau pandang dia, maka dia menggembirakan. Bila engkau perintah, dia taat. Bila engkau tiada, dia menjaga hartamu dan menjaga pula kehormatan dirinya."
Ada sebuah riwayat bahawa pada zaman Nabi SAW ada seorang lelaki yang akan berangkat untuk berperang di jalan Allah. Dia berpesan kepada isterinya, "Wahai isteriku... janganlah sekali-kali engkau meninggalkan rumah ini sehingga aku kembali." Secara kebetulan ayahnya menderita sakit...maka wanita tadi mengutus seorang lelaki menemui Rasulullah SAW. Baginda bersabda kepada utusan itu, "Agar dia mentaati suaminya." Demikian pula wanita itu mengutus utusannya bukan hanya sekali hingga akhirnya dia mentaati suaminya dan tidak berani keluar rumahnya. Maka ayahnya meninggal dunia tetapi dia tetap tidak melihat mayat ayahnya. Dia tetap sabar sehingga suaminya pulang. Maka Allah memberi wahyu kepada Nabi yang bermaksud, " Sesungguhnya Allah telah mengampuni wanita tersebut disebabkan ketaatannya kepada suaminya."
Dalam riwayat yang lain mengatakan bahawa Allah turut mengampuni dosa ayahnya disebabkan ketaatan anaknya itu. Inilah sebenarnya perkara yang menyebabkan wanita diredhai oleh Allah bukannya dalam persamaan hak seperti yang dituntut oleh orang jahil agama. Sedangkan dalam peritiwa Israk mikraj, Nabi telah melihat ke dalam syurga yang mana Allah masukkan wanita ke dalam syurga 500 tahun lebih awal dari suami mereka dan bila melihat ke dalam neraka Nabi dapati 2/3 dari penghuninya adalah wanita.

3. 1000 darjat.

Abdullah bin Masud meriwayatkan bahawa Nabi SAW bersabda:" Apabila seorang wanita mencuci pakaian suaminya maka Allah mencatat baginya 1000 kebaikan, diampunkan 2000 kesalahan bahkan segala sesuatu yang disinari matahari akan memohon ampun baginya dan Allah mengangkat 1000 darjat untuknya."
Maulana Syed Ahmad Khan dalam keterangannya menceritakan kelebihan yang dimiliki oleh wanita. Katanya:
a. Seorang wanita yang solehah lebih baik dari seorang wali Allah.
b. Wanita yang mengauli tepung dengan membaca Bismillah akan diberkati Allah rezekinya.
c.Wanita yang menyapu lantai dengan berzikir dapat pahala seperti membersihkan Baitullah.
d. Wanita yang solehah lebih baik dari 70 orang lelaki yang soleh.
e. Allah akan berkati rezeki apabila wanita memasak dengan zikir.
f. Seorang wanita menutup auratnya dengan purdah ditingkatkan oleh Allah nur wajahnya 13 kali ganda dari wajah asalnya.
g. Semua orang akan dipanggil untuk melihat wajah Allah yang Maha Indah di akhirat nanti, tapi bagi Allah sendiri akan datang untuk berjumpa dengan wanita yang memberati auratnya iaitu yang memakai purdah dengan istiqamah.

Dipetik dalam buku Hikmah Kejadian Wanita.

Sabtu, 26 Disember 2009

Kesan Istighfar

Rasulullah s.a.w. bersabda yang bermaksud: “Sesiapa yang sentiasa beristighfar maka Allah akan menjadikan baginya setiap kesusahan itu ada jalan keluar dan pada setiap kesempitan ada cara mengatasinya serta memberikan rezeki kepadanya daripada sumber yang tidak disangka-sangka.”

Riwayat Abu Daud
Huraian

1. Islam menggalakkan kita agar memperbanyakkan beristighfar, selalu bertaubat kerana sebagai manusia biasa kita tidak terlepas daripada dosa. Rasulullah s.a.w sendiri sentiasa beristighfar lebih 70 kali setiap hari sedangkan baginda merupakan seorang rasul yang maksum atau dipelihara daripada dosa besar dan kecil.

2. Orang yang sentiasa beristighfar kepada Allah akan merasakan dirinya sentiasa dekat kepadnya-Nya. Bahkan akan timbul perasaan tenang dan dapat mengecapi hidup dengan penuh rasa yakin serta bebas daripada perasaan putus asa atau lemah.

3. Dosa itu adalah penyakit dan ubatnya adalah istighfar. Oleh itu bagi mengelakkan hati daripada lalai seseorang itu hendaklah sentiasa membanyakkan istighfar. Ini kerana kita tidak mengetahui bilakah masanya keampunan daripada Allah itu akan berlaku.

Keistimewaan Wanita

1. Doa wanita lebih makbul daripada lelaki kerana sifatnya yang penyayang kerana doa orang penyayang tidak akan sia-sia.

2. Wanita yang solehah (baik) itu lebih baik dari 1000 orang lelaki yang soleh.

3. Barang siapa yang menggembirakan anak perempuannya, darjatnya seumpama orang yang sentiasa menangis kerana takutkan Allah SWT dan orang yang takutkan Allah SWT akan diharamkan api neraka ke atas tubuhnya.

4. Sesiapa yang membawa hadiah berupa makanan lalau diberikan kepada keluarganya, maka pahalanya seperti bersedekah. Hendaklah mendahulukan anak perempuan dari anak lelaki.

5. wanita yang taat kepada suaminya akan tertutup pintu-pintu neraka dan terbuka pintu-pintu syurga untuk dipilih pintu mana yang di kehendakinya dengan tidak di hisab.

6. Aisyah r.a. berkata "Aku bertanya kepada Rasulullah saw, siapakah yang lebih besar haknya terhadap wanita? Jawab baginda, "suaminya." "siapa pula berhak terhadap lelaki?" Jawab Rasulullah saw, "Ibunya".

HORMATI SUAMI dalam apa jua situasi

"Awak tidak melayan saya sebagai seorang suami. Awak menengking saya dan banyak berkasar dengan saya. Awak tak pernah nak belajar bersyukur dan berterima kasih. Saya tak akan menengking isteri jika isteri tak menengking saya. Sekarang saya hanya cuma memikirkan anak-anak sahaja. Kalau betul apa yang awak cakapkan pada saya bahawa awak dah benci pada saya dan tak boleh membahagiakan saya awak buatlah apa yang patut.

Diatas adalah satu mesej menerusi SMS yang dipanjangkan oleh klien kepada saya. Mesej daripada suaminya. Klien saya ini bertemu janji menerusi panggilan telefon bersama saya tidak lama dulu.

Menurut klien saya ini, dia rasa dikongkong oleh suaminya, sukar bebas bersama rakan-rakan, terpaksa mengikut cakap suami dan macam-macam lagi, seolah-olah kebebasannya disekat. Saya akan binacangkan mengenai sekatan hubungan sosial ini masa akan datang, insyallah.

Seperti biasa, balasan SMS saya kepada klien tadi, mengulangi semula pesanan saya ketika sesi temu janji sebelum ini, jangan berfikir menggunakan emosi sebaliknya gunakan fikiran yang waras. Jangan sampai menyesal belakang hari.

Saya tidak mendengar daripada suaminya, namun SMS si suami menyokong cerita-cerita klien saya sebelum ini. Klien mengakui, dia tidak ada hati lagi kepada suami. Mengakui sering bergaduh dan kadang-kadang hanya kerana perkara kecil. Meneliti SMS si suami, saya yakin, ada ketikanya juga, klien saya memulakan pergaduhan.

Jalan Keluar tersedia

Ya! Pergaduhan, pertengkaran, perkelahian memang biasa dalam perkahwinan tapi kalau tiap-tiap hari bergaduh, sepanjang masa berkelahi dan bertengkar, itu sudah jadi luar biasa. Kita semak semula hikmah dan prinsip perkahwinan, antaranya ialah untuk setiap individu iaitu suami dan isteri merasa tenang dan bahagia dan untuk kedua-dua pihak, suami dan isteri menjalankan tanggungjawab dan peranan masing-masing.

Kalau setiap hari bertekak, pantang jumpa mesti bergaduh, bagaimana datang ketenangan dan kebahagiaan? Di mana tanggungjawab dan peranan yang perlu dilaksanakan?

Seorang isteri, diwajibkan untuk menghormati suami, walau dalam apa juga situasi. Bukan tidak boleh mempertahankan hak sendiri tetapi hormat tetap perlu ada. Bila hormat tetap ada, si isteri akan berusaha mengelakkan diri daripada meninggikan suara kepada suami, memaki hamun suami, mencaci itu ini atau pun tidak akan memperlekehkan suami.

Walau isteri lebih kaya, lebih rupa, lebih tinggi pendidikannya, isteri tetap wajib hormat pada suami. Walau suami seorang yang tidak berdaya menjalankan tanggungjawabnya sebagai seorang suami atau sengaja mengabaikan tanggungjawabnya, isteri juga tetap wajib hormat pada suami.

Ini bukan penganiayaan kepada isteri tetapi keistimewaan. Apa istimewanya kalau suami tidak melakukan tanggungjawab perlu dihormati juga? Istimewanya kerana pahala yang akan diperoleh oleh isteri tadi, sukar untuk dinilai. Pahala? Apa guna pahala kalau hidup sengsara? Kalau sengsara, keluar dari perkahwinan tersebut.

Ramai isteri yang enggan keluar dari perkahwinan, berusaha sedaya upaya untuk mempertahankan status isteri tetapi gagal menghormati suami. Suami diherdik, ditengking, dicaci dan dicerca. Ada yang mendiamkan diri, suami tegur tak peduli, nak layan suami jauh sekali. Ada yang berpura-pura, depan suami manis sekali tapi di belakang, suami diumpat itu ini. Kenapa memilih status isteri jika dalam masa yang sama terus menerus menambah dosa sendiri?

Manusia normal mesti bertekak dan ada ketikanya tertinggi suara. Ya saya akui kebenaran tersebut. Cuma pesanan saya, jika perkara tersebut berlaku, cepat-cepatlah mohon ampun dan maaf kepada suami. Jangan tunggu raya baru nak minta maaf.

Kalau suami yang salah, nak minta maaf juga? Ya! Minta maaf sebab isteri tertinggi suara, bukan atas kesalahan yang bukan bermula daripada anda. Kalau tidak minta maaf? Kalau suami memaafkan anda tanpa anda meminta maaf, alhamdulillah.

Tapi jika tidak, hanya Dia yang tahu kedudukan anda, cuma hukum mengatakan; redha Allah kepada isteri hanya setelah suami redha kepada isteri tadi.

Bukankah kalau suami sengaja gagal melaksanakan tanggungjawab nafkah zahir, isteri tidak perlu melayan nafkah batinnya? Betul, tapi dengan mengambil kira kewajipan nafkah sama seperti kewajipan mas kahwin (rujuk blog atau buku saya) tetapi kegagalan suami itu bukan kebenaran untuk isteri tidak hormat pada suami.

Paling penting, ada perbezaan jelas antara taat dan hormat. Isteri wajib taat kepada suami selagi segala arahan atau kehendak suami tidak menyalahi hukum syarak. Hormat pula, perlu sepanjang masa. Dalam kamus Dewan edisi 4, hormat bermaksud mempunyai pandangan yang tinggi terhadap seseorang dengan memberikan layanan yang penuh sopan, khidmat dan takzim.

Hormatilah suami sedaya upaya, walau apa juga emosi anda, walau apa juga situasinya. Jika tidak mampu (dengan syarat telah berusaha sesungguhnya) jalan keluar tersedia...

Dipetik dari Mingguan Wanita. bil: 1361

Khamis, 24 Disember 2009

Wanita itu adalah hiasan.

Allah s.w.t berfirman : "Dijadikan indah (pada pandangan) manusia kecintaan kepada apa-apa yang diingini, iaitu wanita-wanita, anak-anak, harta yang banyak daripada jenis emas, perak, kuda pilihan, binatang-binatang ternak dan sawah ladang. Itulah kesenangan hidup di dunia dan di sisi Allah-lah tempat kembali yang baik (syurga)." (Ali-Imran : 14)

Kemuliaan Wanita

Penghormatan Islam terhadap wanita jelas dilihat di dalam Al-Quran sehingga ada surah yang membincang mengenai wanita seperti Surah An-Nisa dan surah-surah yang lain. Allah s.w.t berfirman dalam surah Al-Ahzab ayat 35 yang bermaksud : " Sesungguhnya lelaki dan perempuan muslim, lelaki dan perempuan mukmin, lelaki dan perempuan yang benar, lelaki dan perempuan yang sabar, lelaki dan perempuan yang khusyuk, lelaki dan perempuan yang bersedekah, lelaki dan perempuan yang memelihara kehormatannya, lelaki dan perempuan yang banyak menyebut nama Allah, Allah telah menyediakan untuk mereka pengampunan dan pahala yang besar. "