Jumaat, 10 Jun 2011

Pasangan..

Yang di cari bukan putera raja, biarlah putera agama,
Yang di impi biarlah tak punya rupa, asal sedap di pandang mata.
yang di nilai bukan  sempurna sifat jasmani, asalkan sihat rohani, sempurna hati.
yang diharap bukan jihad pada semangat, asal perjuangannya ada matlamat.
yang datang tak perlu rijal yang gemilang, kerana ana serikandi yang kelam,
yang di nanti bukan lamaran dengan permata, cukuplah akad dan janji setia,
dan yang akan terjadi, andai tak sama kehendak hati, asal redha ketetapan ilahi, itulah ketentuan sejak azali.