Rabu, 23 Jun 2010

Bulan Rejab.

Rejab dikenali sebagai bulan Allah.

Kelebihan berpuasa di bulan Rejab.

  • Berpuasa sehari - mendapat keredaan yang besar daripada Allah
  • Berpuasa 2 hari - mendapat kemuliaan daripada Allah
  • Berpuasa 3 hari - diselamatkan oleh Allah daripada bahaya dunia, seksa akhirat, penyakit gila dan fitnah syaitan dan dajal.
  • Berpuasa 7 hari - ditutup 7 pintu neraka
  • Berpuasa 8 hari - dibuka 8 pintu syurga.
  • Berpuasa 10 hari - Allah akan memakbulkan permintaannya
  • Berpuasa 15 hari - Allah akan menghapuskan dosa yang telah lalu dan mengganti semua kejahatan dengan kebaikan.
  • Tambahan puasa - menambahkan pahalanya.
Membaca surah Al-Ikhlas 11 kali setiap hari atau lebih. Membaca Al-Quran. membanyakkan doa dan istighfar.

27hb Rejab- Isra' Mi'raj
Digalakkan membaca atau mendengar kisah-kisah berkenaan  peristiwa ini dan mengerjakan puasa sunat.

sumber : Indahnya Hidup Bersyariat

Jumaat, 11 Jun 2010

Untukmu Wahai Isteri..

Segala pujian bagi ALlah telah memberikan anugerah iaitu seorang isteri. Yang memberikan perasaan tenteram dan nyaman di dalam hati.

Isteri - panggilan ini untuk dirimu wahai isteri. Bermulanya dari ikatan sah yang menghancurlumat keinginan syaitan iblis yang ingin membawa engkau dan dia ke kancah penzinaan yang dimurkai ALlah.

Isteri - dialah yang membantu dalam urusan rumahtangga. Yang mengemas rumah, membasuh pakaian. Bukankah dia tempat engkau meluahkan perasaan apabila runsing. Bila engkau dalam keadaan ammarah - dia mendiamkan diri menelan bulat apa yang ditegur. Dan apabila suasana kembali aman, dia tetap tersenyum dan berkata dengan baik denganmu.

Isteri - dia mengingatkan pabila engkau terlupa. Sesekali engkau bosan mendengar bebelannya, tetapi itu untuk kebaikanmu jua. Sebab tidak semua perkara engkau akan ingat segalanya.

Isteri - dia wasilah yang menyambung zuriatmu. Membawa dalam rahimnya seorang anak dengan penuh sabar dan tabah walaupun payah. Bertarung dengan nyawa untuk melahirkan penyejuk mata, lalu engkau menyambutnya sebagai seorang ayah.

Isteri - dia tetap juga meneruskan tugasnya sebagai seorang isteri setiap hari. Air tangannya yang ikhlas, menjamukan lauk pauk dan duduk bersama-sama untuk si suami.

Isteri - bukankah dia yang selalu risau tentang dirimu? Pasti ditanya khabar di mana engkau berada. Lalu apabila khabarnya dibalas dengan jawapan yang menyenangkan hati. Dia tersenyum lega.

Isteri - sabarlah menerima teman yang menjadi suamimu yang tidak lepas dari kekhilafan. Yang berusaha menjadi suami yang baik untukmu.

Terima kasih wahai yang bernama isteri. Moga syurgalah tempat tinggalmu nanti..

sumber : Jarumemas